Monday 26 March 2012

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Nilai Kediaman Taman Perumahan Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan


Abstrak
Isu kenaikan harga harta kediaman telah menjadi kebimbangan kepada para pembeli dan penyewa rumah terutama bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Taman Perumahan Mutiara di Wilayah Persekutuan Labuan juga turut merasa tempiasnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan faktor yang mempengaruhi perubahan nilai harta kediaman. Skop dalam kajian ini hanya menumpukan kepada faktor permintaan daripada pembeli atau penyewa dan faktor pembangunan di sekitar kawasan kajian. Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif yang ingin dicapai iaitu melihat trend nilai pasaran harta kediaman disamping mengenalpasti pembangunan yang ada di sekitar kawasan kajian dan menganalisis faktor yang mempengaruhi permintaan penduduk terhadap penawaran perumahan di Taman Mutiara. Bagi membantu mencapai objektif-objektif tersebut, metod yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif dan kuantitatif. Oleh itu, metodologi kajian ini adalah sorotan literatur, pemerhatian, kajian lapangan, temu bual dan soal selidik. Trend perubahan nilai kediaman Taman Perumahan Mutiara dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2007. Manakala dapatan daripada soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah frekuensi dan crosstab melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan awal menunjukkan bahawa trend pasaran harta kediaman di Taman Perumahan Mutiara dipengaruhi oleh faktor permintaan dan permintaan di sekitar kawasan tersebut. Hakikatnya, nilai pasaran harta kediaman pada tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan peningkatan. Walaupun harga pasaran harta kediaman semakin meningkat, namun, penduduk masih bersaing untuk mendapatkan tempat tinggal tetap mahupun sementara.  Kesimpulannya, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa permintaan terhadap kediaman dan pembangunan menjadi antara faktor kepada trend pasaran harta kediaman Taman Perumahan Mutiara.

Thursday 15 March 2012

Apa Itu Tanah?



1. Foth, 1978

Tanah merujuk kepada bahagian pejal pada permukaan bumi dan merupakan tapak manusia menjalankan aktiviti seperti pertanian, kediaman, perbandaran dan lain-lain aktiviti

2. Kamarudin Ngah, 1993
Tanah juga merupakan satu contoh komponen fizikal alam semula jadi dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
Tanah sangat terhad. Manusia pula merupakan perancang guna tanah secara optimum berdasarkan penilaian dan pelan perancangan
Perancangan ini juga mestilah merujuk kepada keputusan dan pemilihan.

3. Dale & McLaughglin, 1988
Tanah sebagai sumber keuntungan dan kewangan yang boleh diekploitasi atau dipelihara untuk mencapai pengeluaran produk ekonomi

4. Seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN 1965)

Ilmu Sabah


Ilmu pengetahuan sangat penting dalam aspek kehidupan. Tanpa ilmu, individu tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Begitulah juga dalam melaksanakan proses-proses globalisasi. Oleh itu, pembangunan pengetahuan ditekankan seantro dunia bagi meningkat ilmu dan maklumat berlandaskan bidang-bidang yang terdapat di dunia.
            Merujuk kepada syarahan yang disampaikan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2012), institusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi kepercayaan dalam melaksanakan projek ini dalam mencapai visi dan misi pembangunan negara. Lagipun, hanya di UMS sahaja terdapat Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP). Secara langsung, Sekolah Sains Sosial (SSS), UMS sungguh berkesan untuk dicontohi dan menjadi penanda aras kepada fakulti dan SSS di seluruh rantau ASEAN kerana dapat mendatangkan kesan yang baik kepada dunia. Oleh itu, UMS telah bekerjasama dalam menjayakan matlamat negara dengan membina sebuah projek membina blog iaitu ilmusabah.com berasaskan tajuk “Sabah, Manusia dan Alamnya”.
            Terdapat empat domain yang telah digariskan oleh UMS dalam membangunkan ilmu dan malkumat dalam tapak permulaan epistemologi yang mana ia dikenali sebagai ‘Tapak Empat Domain’ ala Braudel. Domain-domain tersebut adalah:

Wednesday 14 March 2012

Konsep Globalisasi dan Pembangunan


Apa itu Globalisasi dan Pembangunan?
Menurut Stutz, Frederick dan Waft, Barney (2012), globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses yang kompleks di seluruh dunia. Proses ini telah menjadikan ekonomi dunia dan manusia mempunyai sifat kebergantungan antara satu sama lain. Secara amnya, ia merujuk kepada satu perkembangan yang berteraskan kepada skop, skala dan halatuju transaksi antarabangsa yang mana kesemuanya ini dapat diaplikasikan dalam menerangkan corak atau pergerakan modal, manusia, barangan dan pendapat dalam sesebuah wilayah itu dengan wilayah lain serta bergantung dengan sistem kebudayaan, politik dan alam sekitar mereka sendiri. Selain maksud di atas, globalisasi diertikan juga sebagai proses yang melihatkan dunia sebagai satu wilayah yang kecil walhal sebenarnya adalah besar kerana pada masa kini ia dapat mengurangkan penggunaan masa, kos pengangkutan dan dapat menghubungkan antara sesebuah tempat dengan mudah atas bantuan-bantuan teknologi yang semakin canggih. Proses globalisasi yang terganggu akan masalah sosial, politik dan ekonomi akan memberi kesan kepada budaya, ekonomi dan alam sekitar. Secara tidak langsung, masalah dalam amalan pemeliharaan dan pengasingan ekonomi lokal, amalan budaya dan persekitaran setempat akan timbul rententan daripada masalah-masalah yang telah disebutkan sebelum ini. Kini, apa yang dapat dilihat pada mata dunia adalah globalisasi yang berlaku menunjukkan pada kadar tinggi melalui dimensi-dimensi tertentu seperti budaya, telekomunikasi, ekonomi, pelaburan asing, pekerjaan, perkhidmatan dan teknologi maklumat.
Pembangunan pula adalah konsep yang memberikan manfaat yang begitu besar walaupun pada hakikatnya ia mendatangkan kesan buruk ke atas sesebuah kawasan. Tujuan pembangunan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang terjamin, tempat tinggal, perkhidmatan kesihatan dan bekalan sumber makanan yang mencukupi, bekalan air yang bersih serta sistem pengangkutan dan pendidikan yang baik. Sebagai kesimpulan, jelaslah di sini bahawa globalisasi dan pembangunan perlulah berlaku secara seiringan dan tidak mungkin sesuatu itu akan dapat dicapai sekiranya hanya satu sahaja yang bertindak (Stutz et al., 2012).
Terdapat beberapa pendapat lagi yang dapat menerangkan apa itu globalisasi dan pembangunan dengan lebih kukuh. Berdasarkan pendapat Mohd Koharuddin (2005), pembangunan adalah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada peringkat peringkat yang lebih maju sama ada dari segi pemikiran manusia ataupun fizikal dan persekitaran. Konsep pembangunan di Malaysia meliputi beberapa komponen yang saling bergantungan untuk melengkapi antara satu sama lain dan perlu dicapai tujuannya. Komponen pertama adalah kecekapan bagi memastikan penca