Thursday, 15 March 2012

Apa Itu Tanah?



1. Foth, 1978

✿Tanah merujuk kepada bahagian pejal pada permukaan bumi dan merupakan tapak manusia menjalankan aktiviti seperti pertanian, kediaman, perbandaran dan lain-lain aktiviti

2. Kamarudin Ngah, 1993
✿Tanah juga merupakan satu contoh komponen fizikal alam semula jadi dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
✿Tanah sangat terhad. Manusia pula merupakan perancang guna tanah secara optimum berdasarkan penilaian dan pelan perancangan
✿Perancangan ini juga mestilah merujuk kepada keputusan dan pemilihan.

3. Dale & McLaughglin, 1988
✿Tanah sebagai sumber keuntungan dan kewangan yang boleh diekploitasi atau dipelihara untuk mencapai pengeluaran produk ekonomi

4. Seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN 1965)

✿Keseluruhan tanah yang telah diberi milik terbahagi kepada tiga ketegori kegunaan tanah iaitu pertanian, bangunan dan industri

5. Land Ordinance Sabah Cap. 68
✿Terdapat tiga pengkelasan tanah iaitu Tanah Negeri, Tanah Bandar dan Tanah Adat

6. Pendekatan Geologi pada akhir abad XIX
✿Tanah merupakan lapisan permukaan bumi yang wujud dari batuan-batuan yang mengalami penyatuan oleh faktor-faktor tertentu sehingga membentuk regolit

7. Dokuchaev, 1870
✿Tanah adalah bahan di permukaan bumi yang mempunyai kepadatan mineral yang tinggi
✿Mengalami perubahan berikutan kepada proses-proses yang wujud
✿Dipengaruhi oleh faktor bahan asal, iklim, organism, topografi dan waktu

No comments:

Post a Comment